Menggilap Citra Melalui Program Pementoran | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Menggilap Citra Melalui Program Pementoran

Menggilap Citra Melalui Program Pementoran

Serdang, 09 September – Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling UPM telah menganjurkan Sembang Santai Program Pementoran UPM secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.  

Program selama 2 jam ini yang bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang disertai oleh 56 staf UPM pelbagai bidang jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik). 

Penceramah program ini merupakan pegawai psikologi yang telah memperoleh kelayakan profesional iaitu Puan Siti Fatimah Abdul Ghani daripada Pejabat Pendaftar dan Puan Kamariah Derasol daripada Bahagian Kaunseling UPM. 

Dalam program ini, penceramah menerangkan konsep Program Pementoran UPM yang merupakan platform untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baharu.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Tarikh Input: 27/09/2021 | Kemaskini: 27/09/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEaFAX~