Lawatan UTeM Ke Pejabat Operasi Mel UPM | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Lawatan UTeM Ke Pejabat Operasi Mel UPM

Lawatan UTeM Ke Pejabat Operasi Mel UPM

Oleh En. Mozaid Bin Idris

Serdang, 7 November- Seksyen Pengurusan Dasar dan Pentadbiran, Pejabat Pendaftar UPM telah menerima kunjungan dari Bahagian Governan dan Pengurusan Organisasi (BGPO) Pejabat Pendaftar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kunjungan yang diwakili oleh seramai (8) orang kakitangan bahagian tersebut telah tiba ke Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah kira-kira jam 1100 pagi.

Objektif lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat perjalanan operasi Mel UPM serta senarai bidang tugas kakitangan Pejabat Operasi Mel UPM. Lawatan ini juga adalah sebagai satu platform perkongsian dan jalinan hubungan di antara dua buah pejabat pentadbiran Universiti.

 

Diharap, dengan adanya perkongsian seperti ini diharap dapat membantu memudahkan gerak kerja sedia ada dan mencetus idea baru yang dapat diimplementasikan di tempat kerja masing-masing.

 

Tarikh Input: 09/11/2018 | Kemaskini: 09/11/2018 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1569044768