KURSUS KEMAHIRAN INTERPERSONAL & KOMUNIKASI BERKESAN | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » KURSUS KEMAHIRAN INTERPERSONAL & KOMUNIKASI BERKESAN

KURSUS KEMAHIRAN INTERPERSONAL & KOMUNIKASI BERKESAN

Pejabat Pendaftar, Serdang – Kursus kemahiran telah dianjurkan oleh Akademik Profesional Intelek di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 18 Februari 2020 yang lepas.

Kursus Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi Kemahiran ini diketuai oleh penceramah, Encik Nur Ramzan Rahim turut bertempat di Bilik Tongkat Ali Emas, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia.

Kursus kemahiran ini dianjurkan bertujuan membentuk personaliti dan konsep perhubungan komunikasi professional serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya kemahiran komnikasi dan interpersonal yang baik bagi memajukan organisasi.

Selain itu, objektif kursus kemahiran ini merangkumi aspek pemahaman proses komuniksasi dan implikasinya terhadap kerberkesanan pengurusan di samping mendedahkan peserta kepada teknik berkomunikasi di peringkat individu dan kumpulan.

Seramai 46 peserta telah menyertai kursus ini yang bermula pada 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Tarikh Input: 29/03/2020 | Kemaskini: 29/03/2020 | mozaid

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1591436982