Kursus Kecerdasan Emosi Dan Pengurusan Stress Di Tempat Kerja | PEJABAT PENDAFTAR pendaftar
» BERITA » Kursus Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stress Di Tempat Kerja

Kursus Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stress Di Tempat Kerja

Serdang, 02 Julai 2024 – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stress Di Tempat Kerja secara bersemuka bertempat di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, UPM pada 02 Julai 2024. Kursus ini disertai oleh 47 orang pegawai UPM yang terdiri dari kumpulan Akademik, Pegawai dan Pelaksana. 

Kursus Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stress Di Tempat Kerja yang diadakan selama 1 hari ini disampaikan oleh penceramah yang berwibawa iaitu Puan Kamariah binti Derasol K.B.;P.A. yang merupakan Kaunselor berdaftar dari Bahagian Kaunseling UPM.

Kursus ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif supaya peserta akan dapat;

  1. Memahami tindakan diplomasi dan berhemah, corak pemikiran organisasi, berkumpulan dan individu dengan menggunakan kaedah pengurusan emosi bersesuaian di tempat kerja  setelah tamat latihan; 
  2. Mengaplikasi teknik kemahiran kecerdasan emosi untuk memberi kesan emosi positif kepada peningkatan prestasi di tempat kerja dalam tempoh tiga bulan; dan
  3. Memahami dan mengaplikasikan pengurusan stress untuk kepentingan dan kemajuan diri dan organisasi.

Disediakan oleh: Nazreen binti Padzoldad

 

Tarikh Input: 11/07/2024 | Kemaskini: 11/07/2024 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
W, (08:22:31am-08:27:31am, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]