KETETAPAN TERKINI BEKERJA DARI RUMAH DAN BEKERJA DARI PEJABAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » KETETAPAN TERKINI BEKERJA DARI RUMAH DAN BEKERJA DARI PEJABAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETETAPAN TERKINI BEKERJA DARI RUMAH DAN BEKERJA DARI PEJABAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pejabat Pendaftar, Serdang – Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Universiti Putra Malaysia telah menimbangkan isu permohonan untuk bekerja secara WFH daripada pegawai yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan berumur 12 tahun ke bawah dan anak kelainan upaya.  Justeru, pihak Jawatankuasa Pengurusan telah membuat keputusan sebagaimana berikut:

 (1) Pada prinsipnya semua pegawai perlu bekerja secara WFO setiap hari bekerja ekoran sekolah/tadika/taska telah beroperasi semula.

 (2) Bagi kes terpencil yang mana sekolah/tadika/taska yang masih ditutup atau melaksanakan penggiliran, pegawai boleh mengemukakan permohonan WFH bagi tempoh anak yang berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah/tadika/taska berkenaan dan tidak mempunyai penjaga tertakluk kepada perkara berikut:

 (a) Semua permohonan bekerja secara WFH perlu dikemukakan untuk kelulusan Pendaftar setelah mendapat sokongan Ketua PTJ.

 (b) Permohonan untuk bekerja secara WFH harus dibuat setelah pegawai berusaha mencari alternatif dan penyelesaian berhubung dengan penjagaan anak yang tidak dapat hadir ke sekolah/tadika/taska berkenaan dan tidak mempunyai penjaga tetapi masih tidak menemui jalan penyelesaian.

 (c) Permohonan bekerja secara WFH hendaklah disertakan dengan bukti sekolah/tadika/taska berkenaan masih ditutup atau mengamalkan penggiliran serta pegawai yang memohon membuat perakuan tentang kesahihan maklumat yang diberikan.

 (d) Pegawai yang diberikan kelonggaran WFH hanya dibenarkan untuk WFH bagi tempoh anak beliau tidak dapat hadir ke sekolah/taska/tadika kerana ditutup atau penggiliran. Sebagai contoh: Jika anak pegawai yang berumur 11 tahun bersekolah biasa pada sesi pagi dan bersekolah agama pada sesi petang dan sekolah agama masih belum dibuka semula, maka pegawai berkenaan perlu hadir bekerja secara WFO pada waktu pagi dan bekerja secara WFH pada waktu petang.  Pegawai berkenaan boleh diminta oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat mulai jam 7.30 pagi sebagai gantian kepada waktu fleksi untuk meningkatkan jam bekerja WFO pada hari itu.

Ketetapan ini berkuat kuasa serta-merta dan kelonggaran khas bekerja secara WFH akan dikaji semula bergantung kepada keadaan dan ketetapan Kerajaan berkenaan PKPP dari semasa ke semasa.

 

Tarikh Input: 23/07/2020 | Kemaskini: 23/07/2020 | mozaid

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1601563900