Dasar Pemisah | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Dasar Pemisah

Dasar Pemisah

Serdang, 18 September - Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada semua staf di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM.

Taklimat tersebut telah diadakan pada tarikh dan masa seperti di bawah:

Tarikh                        :           15 September 2017 (Jumaat)

Masa                          :           9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat                      :           Auditorium,Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UPM

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Kerajaan telah memperkukuhkan lagi dasar pemisah bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pegawai bermasalah dan berprestasi rendah di samping mempunyai tahap integriti yang boleh mencemarkan imej serta menjejaskan penyampaian Perkhidmatan Awam.

Pelaksanaan dasar pemisah ini akan mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi bagi membolehkan Perkhidmatan Awam meningkatkan lagi daya saingnya untuk mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datang selaras dengan prinsip rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Dasar pemisah ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Taklimat tersebut telah memberikan gambaran mengenai tatacara pelaksaan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang akan dilaksanakan di UPM. Semua staf diharapkan agar memahami mengenai proses-proses yang telah diterangkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Slide pembentangan daripada telah dipaparkan di bawah tajuk Penerbitan pada laman web Pejabat Pendaftar. Rakaman video sesi taklimat tersebut turut dilaksanakan dan akan dipaparkan setelah pihak IDEC selesai sesi pengeditan.

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETHAw~