Audit Pengurusan Rekod | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Audit Pengurusan Rekod

Audit Pengurusan Rekod

Serdang, 15 Ogos – Bersempena dengan Hari Anugerah Penghargaan Pengurusan Rekod terbaik  Peringkat Universiti, Universiti Putra Malaysia akan menghadapi Audit Pengurusan Rekod oleh Arkib Negara Malaysia pada 24 Ogos dan 25 Ogos 2016 bersamaan hari Rabu dan Khamis.

Terdapat 4 pusat tanggung jawab yang akan diaudit iaitu Pejabat pendaftar, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Pengajian Pendidikan. Tujuan Audit Pengurusan Rekod ini diadakan adalah untuk memastikan Universiti Awam Malaysia melaksanakan aktiviti pengurusan rekod yang selaras dengan akta dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Semua Timbalan Rekod Jabatan (TRRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) di kesemua pusat tanggungjawab terlibat adalah diminta bersedia pada tarikh tersebut berjalan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi secara terus kepada Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.


Tarikh Input: | Kemaskini: | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1569043991