Audit 5s Pejabat Pendaftar | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Audit 5s Pejabat Pendaftar

Audit 5s Pejabat Pendaftar

Isnin, 3 September 2018 - Pada 30 Ogos 2018 yang lepas, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia telah berjaya mengadakan audit silang bersama dengan Pusat Kompetensi Bahasa (CALC) sebagai Juruaudit Dalaman. Audit ini adalah bertujuan untuk menepati salah satu pemarkahan yang diperlukan bagi Anugerah Persekitaran Berkualiti 5S peringkat UPM  dan sebagai persediaan sebelum audit sebenar yang akan dijalankan sebelum sambutan Hari Anugerah Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) yang akan berlangsung pada Oktober 2018.

Audit di ruang kerja Audit sudut 5s

Hasil dapatan daripada Audit Silang tersebut, Pejabat Pendaftar telah berjaya mendapat markah sebanyak 89.32%.

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua  staf yang telah mengambil inisiatif dalam menjayakan Amalan 5S di Pejabat Pendaftar. Ini menunjukkan semua kakitangan mampu untuk membudayakan 5S ditempat masing-masing.  Suasana kerja yang sangat baik dengan keadaan sekeliling yang kemas diharapkan dapat meningkatkan kualiti kerja kita. Adalah diharapkan agar pembudayaan ini diteruskan bukan sahaja ketika audit dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada para juruaudit yang berusaha untuk menghabiskan audit masing-masing walaupun sibuk dengan kekangan kerja.

 

Tarikh Input: 09/10/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEYDAT~