SOALAN LAZIM | PEJABAT PENDAFTAR
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

KENAIKAN PANGKAT
1
Di manakah maklumat dan keperluan permohonan kenaikan pangkat boleh diperoleh?

Maklumat kenaikan pangkat seperti prosedur dan keperluan permohonan kenaikan pangkat seperti borang boleh terus diperoleh di Sistem Pengurusan ISO UPM serta Garis Panduan dan Dokumen Kenaikan Pangkat.

2
Siapakah yang layak menjadi Penilai Bebas bagi tujuan Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik?

Penilai Bebas adalah dicadangkan oleh Fakulti dan dikemukan kepada Senat untuk kelulusan. Penilai Bebas mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, memenuhi H-Index tertentu mengikut bidang yang ditetapkan serta  kriteria lain yang ditetapkan oleh Senat.


PELANTIKAN
3
Bilakah iklan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan UPM dibuat? Bagaimanakah cara-cara memohon jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana dalam Perkhidmatan UPM? Bilakah temu duga sesuatu jawatan yang telah diiklankan dibuat?

  • Iklan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan UPM pada kebiasaannya dibuat Januari hingga Mac dan di antara September hingga Disember setiap tahun, Perancangan keperluan pengisian kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan UPM dibuat oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM. Manakala, Seksyen Pelantikan di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab untuk membuat pengambilan/pelantikan.
  •  Permohonan mestilah dibuat melalui SPJ Online di alamat url http://spj.upm.edu.my berdasarkan kekosongan jawatan yang telah diiklankan.
  • Secara umumnya, temu duga pertama bagi sesuatu jawatan yang telah diiklankan akan dibuat selepas selesai proses saringan. Calon yang berjaya untuk ditemu duga akan dimaklumkan melalui e-mel. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada bilangan jenis jawatan yang diiklankan, bilangan permohonan dan keputusan Jawatankuasa.



  • LATIHAN
    4
    Apakah sasaran berkaitan latihan yang perlu saya capai setiap tahun?

    Setiap tahun saya perlu mencapai 3 hari latihan (18 mata CPD). Keperluan ini adalah selari dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti melalui mesyuarat pada 25 Mei 2016 yang meluluskan cadangan pelaksanaan penangguhan dasar berkursus 7 hari setahun dengan pengurangan sasaran daripada 42 mata CPD (7 hari setahun) kepada 18 mata CPD (3 hari setahun).  

    5
    Apakah bentuk latihan yang boleh diambil kira dalam pengiraan CPD latihan staf? 

    Terdapat tiga kategori latihan yang diambil kira dalam pengiraan mata CPD iaitu;

  • Latihan seperti kursus, bengkel, seminar;
  • Sesi pembelajaran seperti ceramah, program motivasi, perkongsian ilmu; dan
  • Pembelajaran kendiri seperti pembacaan buku ilmiah, menonton video latihan dan video streaming
  • Rekod kehadiran staf UPM disimpan dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) yang boleh diakses menggunakan ID PUTRA.

    6
    Sekiranya saya perlu menghadiri latihan anjuran dalaman, bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan? 

    Secara umumnya, permohonan boleh dikemukakan sama ada secara dalam talian (online) menggunakan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) atau dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Sistem Pengurusan Kualiti UPM.

    7
    Sekiranya saya perlu menghadiri latihan anjuran agensi luar dan memerlukan pembiayaan, bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

    Permohonan boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan PTJ (sekiranya menggunakan peruntukan PTJ) atau Pejabat Pendaftar (menggunakan peruntukan latihan universiti). Kelulusan  adalah tertakluk kepada keperluan, justifikasi, impak dan kemampuan kewangan PTJ/UPM.


    BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    8
    Bagaimana untuk memohon data? Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan data? Siapakah yang layak memohon data?    

     

  • Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang yang dimuat turun daripada http://reg.upm.edu.my/eISO

  • Permohonan data biasa hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh data diperlukan. Manakala bagi permohonan data kompleks hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh data diperlukan.

  • Terdapat dua kategori pemohon iaitu :-
    -pihak dalaman yang terdiri daripada staf dan pelajar -pihak luaran yang melibatkan sektor kerajaan dan swasta

  •    


    BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
    9
    SEKSYEN CUTI BELAJAR (Soalan berkaitan Cuti Belajar)

    BAHAGIAN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA
    10
    Apakah fungsi Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja? Sekiranya ke klinik bukan panel, bolehkah tuntutan bayaran balik dibuat? Berapakah had maksimum bagi tuntutan bayaran balik yang layak dibuat? Siapakah yang layak mendapatkan kemudahan rawatan perubatan di klinik panel UPM?


    1. Antara fungsi seksyen ini adalah:-

    -Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan urusan kemudahan perubatan staf dan pesara UPM;

  • Urusan Buku Rawatan Perubatan Staf;
  • Pembayaran Bil Klinik Panel, Hospital, IJN, Pusat Dialisis, LPPKN, Pusat Tibi Negara dan Pusat Kesihatan Universiti;
  • Mengeluarkan Surat Jaminan (GL);
  • Urusan Pelantikan Klinik Panel;
  • Tuntutan perubatan / pergigian / pemeriksaan kesihatan staf; dan
  • Mengemaskini maklumat staf / tanggungan didalam fail dan sistem
  • -Menguruskan Lembaga Perubatan; -Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan; -Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Perubatan UPM; -Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pekerja; -Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat Pendaftar; -Merancang, mengurus dan melaksanakan Latihan Firedrill Bangunan Pentadbiran dan PPPA; -Merancang, mengurus dan melaksanakan Tabung Kebajikan Staf UPM; -Mengurus, menyelaras dan memantau Hari Khidmat Pelanggan UPM; -Mengurus dan memantau urusan permohonan pinjaman perumahan staf, elaun perpindahan rumah, pengeluaran KWSP untuk pekerja berpencen, surat Akuan Majikan dan Akuan Status Perkahwinan; -Menguruskan hal-hal berkaitan kuarters staf UPM; dan -Menguruskan perolehan pakaian seragam staf UPM

    11
    1.Berapakah markah minimum penilaian prestasi tahunan bagi membolehkan staf mendapat pergerakan gaji tahunan?

    Markah minimum bagi membolehkan staf mendapat pergerakan gaji tahunan ialah 60%

    12
    Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk memproses permohonan elaun yang dikemukakan?

    Tempoh ideal yang diperlukan ialah 7 hari selepas bekerja penerimaan permohonan

    13
    1.Bilakah seseorang pegawai itu boleh disahkan dalam perkhidmatan (PDP)?

    1. Seseorang pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah memenuhi syarat-syarat pengesahan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan seperti berikut: i. berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun; ii. hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus; iii. lulus peperiksaan perkhidmatan bagi jawatan tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan; iv. diperakukan oleh Ketua Jabatan; v. syarat tambahan PDP bagi Pensyarah Perubatan (Pelatih) Gred DU45 adalah lulus Ijazah Sarjana Kepakaran dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan vi. syarat tambahan PDP bagi Pensyarah Gred DS45 adalah memulakan pengajian di peringkat Ph.D.


    TATATERTIB
    14
    1. Berapakah tempoh yang boleh dianggap sebagai Tidak Hadir Bertugas?2. Bagaimana menguruskan masalah staf yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara berselang seli iaitu kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia jika staf memperoleh sijil cuti sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia meluluskan cuti sakit bagi staf yang mengemukakan sijil cuti sakit daripada klinik swasta?

  • Mengikut Peraturan 23, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 Akta 605, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pekerja itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.
  •  
  • Tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja staf melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Pada peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, staf tersebut sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia. Bagi memudahkan Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia  menguruskan kes tidak hadir bertugas staf, Seksyen Tatatertib juga telah menyediakan Kit Panduan Mengurus Staf Tidak Hadir Bertugas bagi Proses Tindakan Staf Tidak Hadir Bertugas atau Ponteng Kerja dan Dapat Dikesan yang boleh dimuatkan di laman sesawang Pejabat Pendaftar.
  •  
  • Perlu diingat bahawa sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa staf kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia  bersetuju dengan pendapat doktor itu maka staf bolehlah diluluskan cuti sakit. Sekiranya Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia mendapati terdapat keraguan dalam sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh staf, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia boleh menyiasat kesahihan sijil cuti sakit tersebut dengan mendapatkan pengesahan melalui surat daripada klinik atau hospital yang mengeluarkan sijil cuti sakit tersebut. Bagi memudahkan Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia dalam menguruskan kes tidak hadir bertugas staf, Seksyen Tatatertib juga telah menyediakan Kit Panduan Mengurus Staf Tidak Hadir Bertugas bagi Proses Tindakan Staf Tidak Hadir Bertugas Dengan Meminda Sijil Cuti Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakil Palsu yang boleh dimuatkan di laman sesawang Pejabat Pendaftar.
    Dengan tindakan di atas Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia  tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa staf sebaliknya Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia hanya mempersoalkan integriti staf terbabit.
  •  


    REKOD
    15
    Jenis Klasifikasi Fail Am UPM

    Klasifikasi fail Am Universiti Putra Malaysia yang terkini boleh didapati melalui http://www.pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20170914121622Rekod_UPM.pdf


    SISTEM PENGURUSAN KUALITI
    16
    1. Mengapakah audit dalaman perlu diadakan?2. Mengapakah audit oleh SIRIM perlu diadakan?

    1.Bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti menepati perancangan dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Sebarang laporan ketakakuran (NCR) dilaporkan semasa audit. Sebarang laporan (sama ada pemerhatian atau NCR) daripada audit yang lepas, akan disemak semula ketika audit semasa bagi tindakan pencegahan dan pembetulan.

    2. Terdapat tiga jenis audit yang dijalankan oleh SIRIM iaitu Audit Pematuhan (Compliance Audit), Audit Pemantauan dan Audit Pensijilan/Pensijilan Semula. Audit-audit ini dijalankan untuk menilai semula pelaksanaan MS ISO 9001:2008. Pada masa yang sama, tujuan audit ini adalah untuk menentukan kepatuhan Sistem Pengurusan Kualiti kepada kehendak/keperluan ISO 9001:2008 serta mengesahkan pelaksanaan tindakan pembetulan yang berkesan ke atas penemuan audit terdahulu. Audit Pensijilan Semula dijalankan bagi menyemak semula perubahan SPK yang berlaku sebelum dianugerahkan sijil baharu.

    17
    1.Apakah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)? 2.Apakah maksud inovasi? 3.Apakah maksud kreativiti?

    1.Satu kumpulan kecil (4 hingga 10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau bersilang fungsi yang berkumpul untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan menyelesaikan masalah atau mencari peluang-peluang penambahbaikan kepada proses sedia ada atau/dan memperkenalkan proses, produk atau perkhidmatan yang baru dengan memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan jabatan secara kreatif dan inovatif.

    2.Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

    3. Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan :   •Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik •Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian •Keupayaan berfikir secara praktikal dan menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

    Kemaskini:: 21/12/2022 [ainaatulafifah]

    PEJABAT PENDAFTAR
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    0397691527
    0389472007
    WWDcGA4:06:26