PERMOHONAN SKIM TENAGA AKADEMIK MUDA (TAM) | PEJABAT PENDAFTAR
» PERMOHONAN SKIM TENAGA AKADEMIK MUDA (TAM)

PERMOHONAN SKIM TENAGA AKADEMIK MUDA (TAM)

  1. Saya ingin memohon Skim TAM di UPM. Bagaimanakah cara untuk saya memohon Skim TAM?

    Tuan/Puan boleh memuat naik Borang Permohnan Skim TAM di laman Web : https://pendaftar.upm.edu.my/ dan majukan permohan kepada Seksyen Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar, UPM untuk perhatian Puan Nur Fadzilah Mohd Mokhtar.

     

  2. Apakah syarat kelayakan untuk memohon Skim TAM?

    Syarat utama kelayakan Skim TAM adalah CGPA 3.00 (Bacelor). Keutamaan kepada Bidang kritikal dan bergantung keperluan fakulti.

     

  3. Berapa lamakah saya perlu menunggu untuk mengetahui keputusan permohonan Skim TAM?

    Keputusan Skim TAM akan dimaklumkan melalui surat atau email dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Seksyen Cuti   Belajar menerima permohonan.

     

  4. Saya telah menghubungi fakulti dan mereka memaklumkan permohonan Skim TAM saya telah disokong. Bilakah saya akan dipanggil untuk ditemuduga?

     

    Calon yang disokong perlu menduduki Ujian Casim II (Ujian Psikometrik) terlebih dahulu sebelum dipanggil temuduga. Selepas keputusan Ujian diterima, calon yang lulus akan dipanggil untuk ditemuduga. Anggaran tempoh 3 bulan dari Seksyen Cuti Belajar menerima dokumen lengkap dari fakulti.

     

  5. Sekiranya saya ditawarkan Skim TAM, adakah saya akan menerima sebarang bayaran?

     

    Ya, Calon yang berjaya ditawarkan TAM akan menerima Imbuhan Bulanan setiap bulan iaitu RM2,500 (Master) atau RM3,000 (Ph.D) .

     

  6. Bilakah bayaran Imbuhan akan dibayar kepada Penerima Skim TAM?

    Bayaran Imbuhan Bulanan akan dibayar selepas TAM mendaftar sebagai pelajar di Universiti pengajian mengikut program yang diluluskan atau mengikut tarikh akuan penerimaan tawaran penyertaan Skim TAM (yang mana kemudian).

     

    (Tuan/Puan perlu mengemukakan borang pendaftaran pelajar sebagai bukti pengesahan pendaftaran pengajian tuan/puan kepada UPM bagi membolehkan imbuhan bulanan mula dibayar)

     

  7. Apakah yang perlu saya lakukan selepas mendapat tawaran Skim TAM?

    TAM perlu menghantar semua dokumen Permohonan Cuti Belajar beserta dokumen sokongan yang dilengkap tidak melebihi 6 bulan dari tarikh menerima Skim TAM.

Kemaskini:: 04/03/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdEAN~