SERDANG, 30 Mac – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Kemahiran Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (Pertuturan) selama 2 hari pada 30 – 31 Mac 2021 secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom.
Program ini melibatkan seramai 60 peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan Kumpulan Pelaksana.
Program selama 2 hari ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang yang dikendalikan oleh Puan Nurul Farhana Abd. Razak daripada Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) UPM.
Objektif program ini adalah untuk membina keyakinan staf berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa menjalankan tugas serta dapat bertutur dengan menggunakan istilah yang betul dan sesuai.
Selain itu, kursus ini membantu peserta mengenal pasti tatabahasa yang tepat dalam berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang jelas secara lisan dalam bahasa Inggeris kepada pelanggan.
Tarikh Input: 23/04/2021 | Kemaskini: 23/04/2021 | mohd.hasrul
Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan