Pejabat Pendaftar Laksana Taklimat Pengenalan Pengurusan Rekod Secara Berpusat Melalui Sistem DDMS 2.0 Siri 2 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pejabat Pendaftar laksana Taklimat Pengenalan Pengurusan Rekod secara Berpusat Melalui Sistem DDMS 2.0 Siri 2

Pejabat Pendaftar laksana Taklimat Pengenalan Pengurusan Rekod secara Berpusat Melalui Sistem DDMS 2.0 Siri 2

Serdang, 6 Mac - Seiring dengan reformasi penyampaian perkhidmatan awam, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia (HRS), Pejabat Pendaftar turut proaktif merangka inisiatif yang memfokuskan aspek pendigitalan bagi pengurusan rekod. 

Justeru, sebagai langkah awal ke arah pengurusan rekod secara berpusat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Taklimat Pengenalan Pengurusan Rekod secara Berpusat Melalui Sistem Digital Document Management System (DDMS) 2.0 Siri 2 kepada warga universiti. 

Sesi taklimat dihadiri oleh 170 staf daripada institut dan pusat di UPM dengan sesi perkongsian disampaikan oleh Puan Gowri a/p P.S. Thangaya, Pegawai Arkib daripada Arkib Negara Malaysia.

Secara dasarnya, Universiti Putra Malaysia akan menjadikan pengurusan rekod secara berpusat dengan menggunakan sistem Digital Document Management System (DDMS) 2.0 sebagai Key Performance Indicator (KPI) Sumber Manusia bagi 2023-2025. 

 

Antara faedah yang akan diperoleh oleh universiti termasuklah dapat mengurangkan penggunaan kertas, mempercepatkan capaian rekod universiti, mengelakkan kehilangan rekod universiti dan memudahkan urusan arkib dan rekod.

Disediakan oleh: Siti Nadirah Mat Na’ain

Tarikh Input: 03/04/2024 | Kemaskini: 03/04/2024 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEeCA1~