Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Serdang, 22 November – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja ialah sebuah kempen vaksinasi kebangsaan bagi golongan remaja yang sedang dilaksanakan di negara ini bagi membendung penularan penyakit koronavirus COVID-19. Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah diberikan tanggungjawab bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk melaksanakan pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang dianggarkan seramai 120 ribu murid.

Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HPUPM- Klinik Hana bagi Pejabat Pendidikan Daerah Petaling yang berlangsung dari 11 Oktober 2021 sehingga 12 November 2021. Seramai 20 orang Sukarelawan Staf UPM yang terdiri daripada staf dan pelajar telah mengambil bahagian di dalam misi PPV Remaja ini. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program ini.

Berita oleh : Zaimawati Mustapa

Tarikh Input: 23/11/2021 | Kemaskini: 23/11/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEaIAc~