Pejabat Pendaftar Kongsi Pelaksanaan Dasar Pemisah Bersama KWSP | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pejabat Pendaftar kongsi pelaksanaan Dasar Pemisah bersama KWSP

Pejabat Pendaftar kongsi pelaksanaan Dasar Pemisah bersama KWSP

Serdang, 16 Jun - Pejabat Pendaftar UPM melalui Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia telah menerima lawatan penanda aras daripada Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Delegasi lawatan diketuai oleh Encik Shahri bin Man, Ketua Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, People Matters Department, KWSP bersama 5 orang staf. 

Lawatan ini dilaksanakan sebagai usaha memperkasakan Perkhidmatan Dasar Pemisah (Exit Policy) dan Program Intervensi (Pemulihan) (PIP) di peringkat KWSP.

Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh Cik Siti Ima Munirah binti Ahmad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia. 

Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani selaku Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Cik Noremy binti Busu daripada Seksyen Pembangunan Organisasi dan Puan Nabihah binti Abdol Razak daripada Seksyen Integriti, Pejabat Pendaftar UPM. 

Hasil lawatan tersebut, delegasi KWSP telah mendapat gambaran penuh berkenaan Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) dan bagaimana proses tatatertib dilaksanakan oleh pihak UPM. 

Perkongsian ilmu dalam tempoh 4 jam itu berlangsung dalam suasana harmoni dan memanfaatkan kedua-dua belah pihak. 

Pihak UPM khususnya yang terlibat dalam lawatan tersebut berhasrat untuk mengadakan lawatan balas ke KWSP yang kini telah berpindah lokasi di Kwasa Damansara. 

Pada akhir sesi lawatan, kedua-dua wakil telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas lawatan dan perkongsian yang telah diadakan.

 

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani

Tarikh Input: 23/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXFCXAl~