SERDANG, 6 April – Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Kursus Kemahiran Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (Penulisan) pada 06 – 07 April 2021 secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom.
Program ini telah menarik penyertaan seramai 50 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan Kumpulan Pelaksana.
Program 2 hari ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir 4.30 petang yang dikendalikan oleh Puan Norfakhriah Che Othman daripada Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM.
Objektif program ini adalah untuk mengenal pasti tatabahasa yang tepat dalam penulisan (writing emails, letters and reports) dan menyampaikan maklumat dengan berkesan melalui kemahiran mendengar dan menulis.
Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad
Date of Input: 28/04/2021 | Updated: 28/04/2021 | mohd.hasrul
Chancellery Putra Building,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan