Pengenalan
Seksyen Saraan dan Prestasi berfungsi sebahagian daripada Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia bagi menguruskan Saraan, Prestasi dan Elaun bagi staf UPM.
Antara Fungsi dan Peranan seksyen:
Pengurusan Saraan
- Mengurus dan memastikan proses pergerakan gaji tahunan (PGT) secara automatik mengikut bulan pergerakan gaji staf (tertakluk kepada keputusan dan pengesahan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) induk dan pekeliling yang berkuatkuasa).
- Mengurus dan memproses pembayaran bantuan khas kewangan dan pelarasan gaji mengikut pekeliling yang berkuatkuasa
(Sumber rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 dan pekeliling perkhidmatan atau peraturan-peraturan berkaitan lain yang berkuat kuasa)
Pengurusan Prestasi
- Mengurus dan memastikan penilaian prestasi tahunan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (akademik dan bukan akademik) serta pelaksana dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan
SISTEM e-LPPTNA (AKADEMIK)
http://www.reg.upm.edu.my/elppt/
SISTEM e-LPPTNA (BUKAN AKADEMIK)
http://reg.upm.edu.my/elpptNA/
SISTEM PUTRA PRESTASI
(BUKAN AKADEMIK)
(GURU BAHASA DAN PEGAWAI PENYELIDIK)
http://putraprestasi.upm.edu.my/prestasi/
SISTEM PUTRA PRESTASI (PELAKSANA)
http://prestasi.upm.edu.my/
- Menguruskan dan memastikan supaya PPSM Induk dapat membuat perakuan bagi penetapan Pergerakan Gaji Tahunan dan penganugerahan: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan
Sumber rujukan Pekeliling Berkuatkuasa:
- Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2009: pemantapan pengurusan sistem penilaian prestasi pegawai perkhidmatan awam.
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Lampiran A2 - Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam;
Pengurusan Elaun
- Menguruskan permohonan elaun tidak tetap dan bayaran insentif kepada staf upm yang berkelayakan.
- Senarai elaun tidak tetap seperti :
- Elaun Pembantu Khas
- Elaun Trengkas Dwi Bahasa
- Bayaran Insentif Tugas Kewangan
- Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
- Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
- Bayaran Insentif Bertugas Di Bilik Mayat
- Bayaran Insentif Pengurusan Jenazah
- Bayaran Insentif Pos Basik
- Elaun Polis Bantuan
- Elaun Kritikal
(Sumber rujukan: Rujuk Pekeliling Perkhidmatan dan Minit Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) yang berkuatkuasa.)
Updated:: 05/07/2022
MEDIA SHARING