CUTI DAN PERSARAAN | PEJABAT PENDAFTAR
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA » CUTI DAN PERSARAAN

CUTI DAN PERSARAAN

Pengenalan

Seksyen Pengesahan, Cuti dan Persaraan adalah merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan Pengesahan dalam Perkhidmatan, urusan cuti dan urusan persaraan kakitangan di Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu

Jenis-jenis Cuti

Cuti Rehat

 

Kelayakan cuti rehat seseorang pegawai dalam setahun adalah mengikut Gred/Kategori dan tahun perkhidmatan seperti berikut:

Kelayakan Cuti Rehat  PP Bil 4/2002 Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebelum 1 September 2005

Kumpulan/
Gred

Kurang 10 Tahun

Genap 
10 Tahun

Pengurusan Tertinggi

30 hari

35 hari

31 - 54

30 hari

35 hari

21 - 30

25 hari

30 hari

1 - 20

20 hari

25 hari


Kelayakan Cuti Rehat PP Bil 20/2005 Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Mulai 1 September 2005

Kumpulan/
Gred

Kurang 
10 Tahun

Genap 
10 Tahun

Pengurusan Tertinggi

30 hari

30 hari

31 - 54

30 hari

30 hari

21 - 30

25 hari

30 hari

1 - 20

20 hari

25 hari


Kelayakan Cuti Rehat PP Bil 14/2008 Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Mulai 1 Januari 2009

Kumpulan/
Gred

Kurang 
10 Tahun

Genap 
10 Tahun

Pengurusan Tertinggi

25 hari

25 hari

31 - 54

25 hari

25 hari

21 - 30

25 hari

25 hari

1 - 20

20 hari

25 hari


Melalui Pekeliling ini bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2009 ketetapan kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan pemilihan opsyen seperti berikut:-

 

Kekal

-

Kekal - Diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil 20/2005 atau PP Bil 2/2008

 

Bersetuju Memilih

-

Diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut jadual kelayakan Cuti Rehat PP Bil. 14/2008

 
Cuti Rehat Tidak Genap Setahun Perkhidmatan

Diberi mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan sahaja, dikira ke setengah hari berhampiran, iaitu atas kadar satu perdua belas kadar tahunan bagi tiap-tiap genap sebulan perkhidmatan yang melayakkan bagi sebarang perkhidmatan yang tidak genap sebulan

Cuti Atas Sebab Perubatan

Jenis-Jenis Cuti Atas Sebab-Sebab Perubatan

 

i.

Cuti sakit

ii.

Cuti sakit lanjutan

iii.

Cuti kerantina

iv.

Cuti bersalin

v.

Cuti kecederaan

vi.

Cuti tibi, kusta dan barah

 

Jenis
1. Cuti Tidak Berekod
2. Cuti Haji

*(Nota: Maklumat lanjut sila rujuk E-Book E-Panduan Kemudahan Cuti.


Kelayakan Cuti Staf Kontrak


PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP)

Syarat Untuk Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)

1.

Memenuhi tempoh percubaan satu hingga tiga tahun;

2.

Hadir dengan jayanya Kursus Induksi dan lulus semua peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan

3.

Diperakukan oleh Ketua Jabatan

 Siapa Yang Layak?

 -

Pegawai yang dilantik ke perkhidmatan tetap; dan

 -

Pegawai yang dilantik melalui kaedah KPSL.

 Tempoh Percubaan

Pegawai yang dilantik ke perkhidmatan tetap perlu melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun

MENGAPA TIDAK DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN?

1.

Prestasi kerja tidak memuaskan;

2.

Masalah disiplin;

3.

Hubungan dalam organisasi
(Ketua Jabatan berhak tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai)

Akibat Kegagalan Mendapat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

- Lanjutan tempoh percubaan;

- Dengan berdenda (penangguhan kenaikan gaji)

- Dengan tidak berdenda (tanpa penangguhan kenaikan gaji)

 Kesan Pelanjutan Tempoh Percubaan Dengan Berdenda

1.

Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh pelanjutan dengan berdenda;

2.

Hilang kekananan bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan; dan

3.

Diubah tarikh pergerakan gaji mengikut tarikh pengesahannya berkuat kuasa


PERSARAAN

Jenis Persaraan
 

1. Persaraan Paksa (Pencen Wajib) Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

2. Persaraan Pilihan Dibawah Seksyen 12 Akta 227/239

3. Pencen terbitan dibawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

4. Persaraan Atas Sebab Kesihatan

Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah- faedah persaraan berikut:


1. Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);

2. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan

3. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus)

 

Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Penghitungan kadar sebenarnya ialah seperti berikut:


 

Ganjaran
7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima

 

Pencen

-

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima;

-

Tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira);

Rujukan Pekeliling

-

Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239);

-

Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab A;

-

Buku Undang-undang Pencen Di Malaysia;

-

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1991- Persaraan Pilihan Sendiri;

-

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1992- Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1991;


Kemaskini:: 16/12/2013

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
B1566439102