PENGENALAN
Seksyen Perkhidmatan, Cuti dan Persaraan (SCP) adalah merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, SCP yang berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau segala aktiviti Perkhidmatan yang berkaitan dengan urusan Pengesahan dalam Perkhidmatan (PDP), urusan kehadiran dan cuti, urusan pemberian taraf berpencen (PTB), Rekod Kenyataan Perkhidamatan (RKP) dan urusan persaraan pekerja di Universiti Putra Malaysia yang meliputi Kampus Serdang dan Kampus Bintulu.
Urusan Cuti Perkhidmatan
Cuti Rehat
Cuti Rehat Tahunan
Diberi mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan sahaja, jika perkhidmatan tidak mencukupi 1 tahun kalendar cuti akan di proratakan mengikut perkhidmatan yang melayakkan sahaja.
URUSAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PDP)
Syarat Untuk Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)
1.
|
Memenuhi tempoh percubaan satu hingga tiga tahun;
|
2.
|
Hadir dengan jayanya Kursus Induksi dan lulus semua peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan/Kursus Asas Pengajaran (KAP); dan
|
3.
|
Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Rujuk syarat perakuan 2020 dan 2023 bagi kumpulan jawatan Pegawai Akademik
|
Siapa Yang Layak?
-
|
Pegawai yang dilantik ke jawatantetap; dan
|
-
|
Pegawai yang dilantik melalui kaedah KPSL.
|
Perkara yang Boleh Menyebabkan Tidak Disahkan Dalam Perkhidmatan
1.
|
Prestasi kerja tidak memuaskan;
|
2.
|
Masalah disiplin tatatertib;
|
3.
|
Masalah dalam organisasi
(Ketua Jabatan berhak tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai) |
Pelanjutan Tempoh Percubaan
- Dengan berdenda (disebabkan kesilapan, kecuaian dan kelemahan pekerja) – Satu Tahun
- Dengan tidak berdenda (bukan disebabkam kecuaian/kelalaian pekerja) – Satu Tahun
Kesan Pelanjutan Tempoh Percubaan Dengan Berdenda
1. |
Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh pelanjutan dengan berdenda; |
2. |
Hilang kekananan bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan; dan |
3. |
Diubah tarikh pergerakan gaji mengikut tarikh pengesahannya berkuat kuasa |
Akibat Kegagalan Mendapat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Akan ditamatkan perkhidmatan
URUSAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
URUSAN PERSARAAN
Persaraan
Urusan persaraan akan dilaksanakan setiap tahun bagi pekerja yang lengkap perkhidmatan mengikut opsyen persaraan yang dipilih. Proses ini juga diuruskan bagi pekerja yang memilih untuk bersara secara pilihan sendiri
Jenis Persaraan Paksa
1. Persaraan Paksa (Pencen Wajib) Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239 |
2. Persaraan Pilihan Dibawah Seksyen 12 Akta 227/239 |
3. Pencen terbitan dibawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) |
4. Persaraan Atas Sebab Kesihatan (PP Bil.10 Tahun 1995) 5. Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan |
Anggota berpencen yang bersara layak dibayar faedah- faedah persaraan seperti berikut:
1. Pencen (bayaran bulanan); |
2. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan |
3. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus) |
Bersara Pilihan
Pekerja boleh memohon untuk bersara secara pilihan sendiri dengan sokongan ketua PTJ dan perlu memenuhi syarat berikut:
Faedah persaraan akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang boleh diambilkira berdasarkan dan gaji akhir yang diterima oleh pekerja itu. Penghitungan kadar pengiraan seperti berikut:
Ganjaran 7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima |
||||||||||||||
Pencen
Rujukan Pekeliling
|
Kemaskini: 29/09/2023
Updated:: 29/09/2023
Chancellery Putra Building,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan