Warga Pejabat Pendaftar Kongsi Duka Staf UPM Ditimpa Musibah | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Warga Pejabat Pendaftar kongsi duka staf UPM ditimpa musibah

Warga Pejabat Pendaftar kongsi duka staf UPM ditimpa musibah

KAJANG, 16 Februari – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah dapat digambarkan kesukaran yang dihadapi oleh Puan Zenaida Zainon dan keluarga apabila diuji dengan kebakaran rumahnya pada 12 Februari lalu.

Puan Zenaida merupakan Penolong Pendaftar Kanan di Pusat Jaminan Kualiti. Beliau juga adalah mantan Ketua Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

Pejabat Pendaftar yang diwakili oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Encik Abdul Rahim Utar telah menziarahi Puan Zenaida dan keluarga yang menetap sementara di inap desa berhampiran dengan rumahnya untuk menyampaikan sumbangan daripada ahli Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Pendaftar (KKSPP).

Turut hadir ialah Ketua Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja, Puan Zaimawati Mustapa serta beberapa wakil daripada KKSPP bagi menzahirkan keprihatinan dan kebersamaan warga Pejabat Pendaftar yang berkongsi rasa duka atas ujian yang menimpa beliau sekeluarga.  

Pejabat Pendaftar melalui Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja sejak hari pertama kejadian telah mengambil inisiatif menyediakan bantuan awal iaitu penempatan sementara di kuarters UPM selain akan menyalurkan bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan Staf UPM.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

Date of Input: 23/02/2022 | Updated: 23/02/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdBAV~