UNILeeB KOHORT 2 Perkasakan Kompetensi Pemimpin Universiti Berminda Keusahawanan | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » UNILeeB KOHORT 2 Perkasakan kompetensi pemimpin universiti berminda keusahawanan

UNILeeB KOHORT 2 Perkasakan kompetensi pemimpin universiti berminda keusahawanan

Serdang, 16 Ogos - Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) merupakan peneraju kepemimpinan pendidikan tinggi negara yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kelompok pemimpin akademik dan pentadbir yang terlatih menerusi pelaksanaan program pembangunan, pendayaupayaan dan pemerkasaan kepemimpinan yang berstruktur dan dinamik.

Pihak AKEPT telah menganjurkan program University Leaders Entrepreneurial Educators Bootcamp (UNILeeB) secara dalam talian pada 16 hingga 19 Ogos 2021. Program ini adalah inisiatif kementerian dalam memperkasakan kompetensi pemimpin universiti yang berminda keusahawanan, kreatif serta berdaya saing ke arah inovasi terpimpin seiring dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa. 

Seksyen Pelan Penggantian, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mencalonkan Encik Ludinata Misnun daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan dan Dr. Hizmawati Madzin daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk mengikuti program tersebut.

Program UNILeeB terdiri daripada tiga modul. Modul 1 memfokuskan tajuk Developing Entrepreneurial Mindset, melibatkan empat bab utama, iaitu Entrepreneurship for The Soul, The Art of Entrepreneurship, Entrepreneurial Mind dan Additional Learning Material and References. Manakala modul 2: Change Leadership dan modul 3: Business Innovation dijangka akan berlangsung pada Oktober dan November 2021. 

Antara penceramah dan jurulatih hebat yang terlibat untuk modul ini ialah Datuk Dr. Hafsah Hashim (Penasihat SME Bank Islam), Dr. Nik Marzuki Nik Muhammad (Jurulatih Keusahawanan) dan Prof Dr. Nik Maheran Nik Muhammad (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UMK.

Disediakan oleh: Nor Aizan Hussin

 

Date of Input: 13/09/2021 | Updated: 13/09/2021 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcWAN~