Tahniah! Ybhg Prof Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi LPU Di Atas Penganugerahan Tokoh Ilmuan Dan Kepimpinan Yang Prolifik | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Tahniah! Ybhg Prof Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi LPU di atas penganugerahan tokoh ilmuan dan kepimpinan yang prolifik

Tahniah! Ybhg Prof Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi LPU di atas penganugerahan tokoh ilmuan dan kepimpinan yang prolifik

Ayer Keroh, 20 Mac – Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara JKKN Negeri dan Lembaga Bahasa Melayu Melaka telah menganugerahkan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia sebagai TOKOH ILMUAN DAN KEPIMPINAN YANG PROLIFIK dalam  memartabat buku negara.

Anugerah ini adalah bersempena Anugerah Buku Negara dan Pelancaran Kelab Penulis yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Auditorium JKKN Negeri Melaka. Penganugerahan ini diberikan atas sumbangan dan peranan utama YBhg Prof Emeritus Dato’ dalam pembangunan buku dan industri kreatif negara.

 Oleh : Cik Syazaliyana binti Samsudin

Date of Input: 22/03/2023 | Updated: 22/03/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdSAC~