Sesi Pembentangan Cadangan Struktur Organisasi Dan Outfit Skim C | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Sesi Pembentangan Cadangan Struktur Organisasi dan Outfit Skim C

Sesi Pembentangan Cadangan Struktur Organisasi dan Outfit Skim C

SERDANG, 27 Jun – Satu sesi pembentangan cadangan struktur organisasi dan outfit Skim C kepada wakil Jemaah Dekan dan Jemaah Institut telah diadakan di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori Putra. 

Cadangan tersebut disediakan oleh ahli task force Skim C yang dilantik oleh Pendaftar dan sesi pembentangan dibuat oleh Pengerusi Task Force skim berkenaan, iaitu Encik Md. Nizam Mahat@Ibrahim, yang juga merupakan Ketua Persatuan Skim C.

Turut hadir pada sesi pembentangan tersebut mewakili Jemaah Dekan ialah Profesor Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Dekan Fakulti Sains dan Profesor Dr. Mohd Nizar Hamidon, Pengarah Institut Nanosains dan Nanoteknologi bagi Jemaah Institut.

 

Sesi yang dipengerusikan oleh Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan wakil Jemaah Dekan dan Jemaah Institut bagi perbincangan bersama dengan wakil-wakil dekan, institut, Bursar, PPPA, Pejabat TNCPI, Hospital Pengajar UPM dan UPM Kampus Bintulu untuk melihat cadangan secara komprehensif dalam memastikan setiap keperluan pusat tanggungjawab (PTJ) dan pegawai yang berada di Skim C.

Pejabat Pendaftar merakamkan ucapan terima kasih atas usaha yang diberikan oleh ahli task force untuk memastikan struktur dan outfit Skim C dapat dibangunkan dan dijadikan panduan dalam pengurusan sumber manusia skim tersebut.

Disediakan oleh: Noremy Busu

Date of Input: 28/06/2022 | Updated: 28/06/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEXTAx~