Pejabat Pendaftar UPM Kongsi Amalan Pengurusan Bakat Dan Pelaksanaan Latihan Sempena Lawatan Penanda Aras UMK | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pejabat Pendaftar UPM kongsi amalan pengurusan bakat dan pelaksanaan latihan sempena lawatan penanda aras UMK

Pejabat Pendaftar UPM kongsi amalan pengurusan bakat dan pelaksanaan latihan sempena lawatan penanda aras UMK

Serdang, 15 Mac - Pejabat Pendaftar UPM berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Delegasi yang diketuai oleh Encik Muhamad Anuar Ismail, Ketua Bahagian Pengurusan dan Kecemerlangan Bakat, Pejabat Pendaftar UMK turut disertai oleh dua staf Pejabat Pendaftar UMK, iaitu Encik Mohd Saffiri Ibrahim dan Encik Tuan Mohd Nizam Tuan Mustapa.

 

Ketibaan delegasi disambut oleh Encik Azizi Ismail, Ketua Bahagian Governan dan Integriti mewakili Pejabat Pendaftar UPM. 

Tujuan lawatan penanda aras ini adalah sebagai medium perkongsian amalan yang dilaksanakan oleh pihak UPM dalam pengurusan bakat dan pelaksanaan latihan universiti untuk mengekalkan kecemerlangan bakat yang terbaik. 

Selain itu, pihak UPM juga berkongsi amalan yang dilaksanakan dalam "Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi Kepemimpinan Pentadbir Universiti Awam" menerusi buku yang diterbitkan oleh UPM dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Turut hadir semasa sesi tersebut ialah Puan Ruhaida Mohd Yusuf (Ketua Seksyen Pelan Penggantian), Puan Siti Khadijah Ahmad (Ketua Seksyen Latihan), Encik Hamizan Wasoh @ Mohamad Isa (Ketua Seksyen Cuti Belajar) dan Puan Wan Noorshidah Wan Hussin (Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia).

Pejabat Pendaftar berharap dengan lawatan dan kerjasama seumpama ini dapat diteruskan antara Universiti Awam (UA) untuk meningkatkan sinergi dan hubungan antara pentadbir dalam menguruskan amalan terbaik sumber manusia di UA masing-masing.

Disediakan oleh: Hamizan Wasoh @ Mohamad Isa

Date of Input: 21/03/2023 | Updated: 21/03/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcXA2~