Pejabat Pendaftar UPM Bentang Kertas Kerja Transformasi Sumber Manusia Di KP2022 | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Pejabat Pendaftar UPM bentang kertas kerja transformasi sumber manusia di KP2022

Pejabat Pendaftar UPM bentang kertas kerja transformasi sumber manusia di KP2022

Johor Bahru, 18 Ogos - Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya telah menghantar penyertaan untuk pembentangan kertas kerja di Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2022 (KP2022) bertempat di Pulai Spring Resort, Johor Bahru, Johor.

 Para pembentang bergambar bersama Pendaftar UPM yang turut sama hadir memberikan sokongan

Pembentangan kertas kerja bertajuk “Transformasi dalam Menguruskan Sumber Manusia di UPM” disampaikan oleh Puan Suhana Md. Chairi (Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Cik Noremy Busu (Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi), Puan Siti Maryam Othman (Ketua Seksyen Kenaikan Pangkat) dan Encik Mohammad Fakarrudeen Zulkifli (Ketua Seksyen Pelantikan). 

Melalui pembentangan tersebut, mereka telah berkongsi dengan para peserta daripada Universtiti Awam yang lain berkenaan pembangunan sistem HRPortal dan impak pembangunan HRPortal dalam proses permohonan waran perjawatan, pelantikan dan kenaikan pangkat staf.

HRPortal merupakan projek menyeluruh dalam pengurusan sumber manusia di UPM yang telah mengumpulkan semua sistem sumber manusia di dalam satu portal.

Projek ini mentransformasikan kaedah dan proses pengurusan sumber manusia daripada kaedah konvensional (manual) kepada kaedah digital sepenuhnya, seiring dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya semua Universiti Awam melaksanakan pendigitalan secara menyeluruh dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia yang berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos 2022 ini dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersempena dengan sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam ke-4. 

Tema konvensyen pada tahun ini ialah “Pentadbir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang’.  

Antara pengisian sepanjang konvensyen tersebut berlangsung ialah sesi pembentangan kertas kerja oleh para pentadbir Universiti Awam.


Disediakan oleh: Suhana Md. Chairi

Date of Input: 06/09/2022 | Updated: 06/09/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUPAC~