Kursus Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi Bimbing Peserta Tingkat Kemahiran, Prestasi Di Tempat Kerja | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Kursus Kemahiran Komunikasi Interpersonal dalam Organisasi bimbing peserta tingkat kemahiran, prestasi di tempat kerja

Kursus Kemahiran Komunikasi Interpersonal dalam Organisasi bimbing peserta tingkat kemahiran, prestasi di tempat kerja

Serdang, 23 Mac – Kemahiran komunikasi merupakan salah satu elemen kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh staf dalam melaksanakan tugasan harian mereka.

Mengambil kira kepentingan untuk melengkapkan staf dengan pelbagai kemahiran termasuklah komunikasi, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Seksyen Latihan telah menganjurkan Kursus Kemahiran Komunikasi Interpersonal dalam Organisasi. 

Kursus yang diadakan di Bilik Seribu Daya, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM ini disertai oleh 28 pegawai UPM daripada kumpulan Pelaksana. 

Sesi perkongsian kursus sehari ini disampaikan oleh penceramah yang berwibawa, iaitu Prof. Madya Dr. Nor Azura Adzharuddin yang merupakan Ketua Jabatan Komunikasi daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Objektif kursus ini adalah supaya dapat memberikan pendedahan kepada staf untuk mempamerkan kemahiran komunikasi lisan, mendengar dan pembentangan secara berkesan ke arah memajukan matlamat Universiti. 

Selain itu, kursus ini juga memberikan pendedahan dan pemahaman tentang kemahiran komunikasi lisan, menulis dan mendengar secara jelas dan berkesan untuk diaplikasikan oleh peserta dalam meningkatkan prestasi tugas mereka di tempat kerja dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. 

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

 

Date of Input: 27/03/2023 | Updated: 27/03/2023 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETLAd~