Tahun 2013, UPM telah menghantar dua (2) kumpulan dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Utara Malaysia iaitu Kumpulan SMART ACQLIB (Kategori Pengurusan) dengan tajuk projek “Pemprosesan Buku Baharu Melebihi Tempoh 3 Bulan Yang Ditetapkan” dan Kumpulan Q-LIBRI (Kategori Teknikal) dengan tajuk projek “Tempoh proses penjilidan bahan mengambil masa yang lama”.
Projek dari Kumpulan SMART ACQLIB telah berjaya memenangi Anugerah Khas (Anugerah Inovasi Harapan) melalui inovasi yang dihasilkan iaitu Pangkalan Data ACQClicks (Sistem Pemantauan Pemprosesan Buku Baharu dan Penjanaan Statistik). Kumpulan ini telah mengorak langkah menyertai pertandingan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat kebangsaan anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC). Konvensyen peringkat kebangsaan ini telah diadakan pada pada 1 hingga 3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan dan merupakan platform terbaik bagi organisasi mempersembahkan projek-projek kreatif dan inovatif seterusnya mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi. Ia juga merupakan ruang untuk mempelajari amalan terbaik dalam melakukan penambahbaikan secara berterusan.
Date of Input: | Updated: 05/09/2019 | syazaliyana
Chancellery Putra Building,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan