Fahami Teknik Penyelesaian Masalah Tingkat Prestasi, Kualiti Tugas Dalam Organisasi | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » Fahami teknik penyelesaian masalah tingkat prestasi, kualiti tugas dalam organisasi

Fahami teknik penyelesaian masalah tingkat prestasi, kualiti tugas dalam organisasi

Serdang, 07 April – Sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi, kita wajar memahami peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan agar kerja yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Apabila pekerja memahami peranannya, sebarang permasalahan yang dihadapi akan dapat ditangani dengan lebih mudah dan efektif.

Untuk membimbing pekerja berhubung teknik penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan di organisasi, Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Penyelesaian Masalah Inventif (Asas) secara dalam talian melalui platform Zoom. 

Kursus selama satu hari ini disertai oleh 70 staf UPM pelbagai jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana. 

Sesi perkongsian disampaikan oleh Mejar Imaduddin Abidin, pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang.

Dalam perkongsiannya, beliau menerangkan cara memahami peranan sebagai pekerja atau staf untuk terus memberi sumbangan ke arah mempertingkat prestasi dan kualiti tugas dalam organisasi.

Menurut beliau, pekerja perlu menguasai teknik penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang berkesan di tempat kerja dengan kaedah yang bersesuaian.

Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan di organisasi masing-masing dalam menangani sebarang masalah yang timbul.   

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

Date of Input: 18/04/2022 | Updated: 18/04/2022 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcVAE~