Piagam Pelanggan | PEJABAT PENDAFTAR
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT PENDAFTAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
[TAHUN 2021] 

BIL. PIAGAM PELANGGAN SKOP
1.

Calon bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Akademik yang berjaya mendapat surat tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas minit Pihak Berkuasa Melantik (PBM) diterima.

Pelantikan
2.

Calon bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik dan Pegawai Kumpulan Pelaksana yang berjaya mendapat surat tawaran dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas minit Pihak Berkuasa Melantik (PBM) diterima.

Pelantikan
3.

Keputusan kenaikan pangkat staf dimaklumkan kepada pemohon selewat- lewatnya sepuluh (10) hari bekerja selepas Minit Mesyuarat Pihak Berkuasa Melantik diterima atau arahan Pihak Berkuasa Melantik.

Kenaikan Pangkat
4.

Mengeluarkan keputusan permohonan cuti belajar kepada calon selewat-lewatnya sepuluh (10) hari bekerja selepas kelulusan diperoleh daripada Jawatankuasa Cuti Belajar/KPT.

Cuti Belajar
5.

Mengeluarkan keputusan permohonan peruntukan latihan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja (bagi permohonan dalam negara) dan dua puluh (20) hari bekerja (bagi permohonan luar negara) selepas permohonan lengkap diterima.

Latihan
6.

Mengeluarkan keputusan Program Transformasi Minda kepada peserta dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh terakhir menerima kelulusan daripada kesemua Panel Penilai Program Transformasi Minda.

Latihan
7.

Memastikan surat pengesahan dalam perkhidmatan dikeluarkan kepada staf selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Pendaftar.

Pengesahan dalam Perkidmatan
8.

Memastikan status permohonan tuntutan rawatan perubatan (bawah RM1000.00) dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh enam (6) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Perubatan
9.

Akuan Penerimaan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima oleh Seksyen Integriti.

Integriti

 

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENDAFTAR

Kemaskini:: 26/10/2023 [emy_hana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETVAU~