TAKLIMAT PENGISIAN WAJARAN DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) BAGI KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2017 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » TAKLIMAT PENGISIAN WAJARAN DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) BAGI KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2017

TAKLIMAT PENGISIAN WAJARAN DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) BAGI KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2017

Serdang, 24 Ogos – Seksyen Saraan dan Prestasi telah mengadakan sesi Taklimat Pengisian Wajaran dan Sasaran Kerja Tahunan SKT bagi kumpulan Pelaksana Pada 23 Ogos 207 (Rabu) yang lalu.

Taklimat ini diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Tingkat 1 Bangunan Canselori Putra yang dihadiri oleh semua staf Pejabat Pendaftar. Sesi taklimat ini deberikan oleh Cik Siti Ima Munirah Bin Ahmad, Ketua Seksyen Saraan dan Prestasi Pejabat Pendaftar.

Sesi ini menekankan tanggungjawab setiap pegawai yang dinilai dan pegawai penilai untuk memtuhi segala gerak kerja dan tarikh yang diberikan supaya kelancaran Proses wajaran dapat dipenuhi. Proses pengisian ini telah mula dilaksanakan pada 21 Ogos yang lalu dan implikasi kepada staf yang tidak membuat proses ini adalah:

  1.  Proses penilaian prestasi tahun 2017 tidak dapat dilaksanakan;
  2.  Tiada Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) untuk tahun 2018;

   III.   Menjejaskan proses kenaikan pangkat/fleksi/lantikan kontrak/selepas bersara

Proses ini boleh diisi melalui laman sesawang :  http://prestasi.upm.edu.my (Sistem e-LPPT Pelaksana). Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan staf yang bertanggungjawab iaitu Cik Siti Ima Munirah Ahmad (1558), En. Mohd Khanif Bin Katni (1546), Pn. Hidayatul Azima Binti Annuar dan Pn. Wirdah Binti Hj. Adam (1543).

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcRAG~