Pengukuhan Pengurusan Sumber Manusia Di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pengukuhan Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Pengukuhan Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Oleh Noremy Busu

 

Bintulu - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah mengadakan sesi khas bagi membincangan isu-isu sumber manusia di Kampus Bintulu pada 23 Januari 2019 dan 24 Januari 2019 yang lalu. Sesi perbincangan ini dihadiri oleh wakil Persatuan Keperkasa, Persatuan Pentadbir dan pentadbir-pentadbir sumber manusia kampus Bintulu.

 

Sesi perbincangan ini diadakan dengan tujuan untuk mengenal pasti masalah semasa yang dihadapi oleh pentadbir sumber manusia iaitu perjawatan, perlantikan, kenaikan pangkat dan displin staf. Sesi ini diketuai oleh Pn. Nor Adida binti Abd Khalid Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, dan dibantu oleh ketua-ketua seksyen dibahagian tersebut iaitu Pn. Besek Intan Zafina binti Basok Ketua Seksyen Lantikan, En. Mohammad Fakarrudeen bin Zulkifli Ketua Seksyen Kenaikan Pangkat, Cik Noremy binti Busu Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi.

 

Bagi melengkapkan lagi perkongsian maklumat yang telah diadakan pihak penganjur telah memilih untuk mengadakan satu sesi penerangan kepada semua staf bukan akademik pada hari terakhir. Diharapkan sesi ini dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai isu pengurusan sumber manusia di Kampus Bintulu, UPM. 

Tarikh Input: 12/02/2019 | Kemaskini: 12/02/2019 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXESTAn~