BENGKEL PENULISAN KOMPETENSI KEPIMPINAN PENTADBIR UNIVERSITI AWAM | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » BENGKEL PENULISAN KOMPETENSI KEPIMPINAN PENTADBIR UNIVERSITI AWAM

BENGKEL PENULISAN KOMPETENSI KEPIMPINAN PENTADBIR UNIVERSITI AWAM

Pejabat Pendaftar, Bangi – Bengkel Penulisan Kompetensi Kepimpinan Pentadbir Universiti Awam telah diadakan pada 17-18 Julai bertempat di Bangi Golf Resort, Bangi Selangor. Program yang dikendalikan oleh Seksyen Pelan Penggantian Pejabat Pendaftar ini melibatkan 17 orang peserta terdiri daripada wakil AKEPT, UPM dan mantan Pendaftar.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk menghasilkan penulisan kompetensi kepemimpinan pentadbir Universiti Awam dan dalam masa yang sama menghasilkan penerbitan bagi kompetensi kepemimpinan pentadbir Universiti Awam.

Semoga dengan kerjasama dan kolaborasi strategik AKEPT-UPM ini akan dapat memberi lebih manfaat dan signifikasi dalam agenda memperkasakan pembangunan kepimpinan Pendidikan Tinggi Negara.

Tarikh Input: 20/07/2020 | Kemaskini: 20/07/2020 | mozaid

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
C1601565511