Mesyuarat LPU Ke-142 | PEJABAT PENDAFTAR
» AKTIVITI » Mesyuarat LPU Ke-142

AKTIVITI

Tajuk Acara
Mesyuarat LPU Ke-142
Tarikh
07 Apr 2020 - 07 Apr 2020
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
Bilik Mesyuarat LPU
Ringkasan Acara
Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Ke Seratus Empat Puluh Dua (142) akan diadakan pada 7 April 2020 (Selasa) .

Bagi tujuan penyediaan kertas kerja, sebanyak dua puluh (20) salinan hardcopy untuk Lampiran dan satu (1) salinan softcopy kertas kerja lengkap perlu dikemukakan kepada pihak Urus Setia Mesyuarat. Manakala bagi kertas kerja berkaitan Memorandum Persefahaman, Perjanjian dan Kontrak perlu dikemukakan ke Pejabat Penasihat Undang-Undang.

Bagi buku cadangan semakan semula dan penawaran kurikulum sebanyak dua (2) salinan hardcopy sahaja perlu dikemukakan . Sebagai peringatan, semua kertas kerja yang dikemukakan hendaklah terlebih dahulu mendapat perakuan sepenuhnya daripada Naib Canselor Universiti, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau mana-mana pihak yang berkaitan. Mohon supaya kertas hardcopy dan buku semakan yang dihantar tidak diklipkan menggunakan dawai kokot (staples).

Semua kertas kerja bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah Universiti hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 20 Mac 2020 (Jumaat) . Sebarang kertas kerja yang dikemukakan melewati tarikh tersebut akan hanya dipertimbangkan pada mesyuarat yang akan datang. Kertas kerja lengkap tersebut perlu dikemukakan kepada:

Alamat pejabat : Pendaftar
(hardcopy) Pejabat Pendaftar, Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR
(u.p: Urus Setia Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti); dan

(softcopy) Alamat e-mel : nadia_hanim@upm.edu.my , syazaliyana@upm.edu.my

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Puan Nazriah Abd Rahman ditalian 03-97691516

Kemaskini:: 10/03/2020 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETRA0~