EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | REGISTRAR OFFICE
» ABOUT US » EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula amalan 5S Sektor Awam. Langkah penjenamaan semula oleh MAMPU ini diperkenalkan supaya seiring dengan perubahan dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. EKSA bukan bertujuan untuk   menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum in, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Pendaftar telah diadakan pada 21 Jun 2021. Pelancaran majlis melalui aplikasi Zoom telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhazam Mansor, Pendaftar, Universiti Putra Malaysia. Nama yang telah dipilih bagi setiap zon ialah;

  1. Zon Jabir Ibn Hayyan (Bahagian Pembangunan Sumber Manusia – HRD)
  2. Zon Umar al-Khattab (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – HRM)
  3. Zon Ibn Khaldun (Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia - HRS)
  4. Zon Abu Bakar as-Siddiq (Seksyen Pentadbiran dan Kewangan), dan Zon Al-Mawardi (Unit Pos).
  5. Zon Al-Biruni (Bahagian Governan dan Integriti-BGI)

 

Updated:: 21/09/2023

MEDIA SHARING

WWJdIAX:08:28