Function/Role | REGISTRAR OFFICE

Function/Role

    1. Menguruskan dan memantau pelantikan Pro Canselor;
    2. Menguruskan dan memantau pelantikan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Universiti;
    3. Menguruskan dan memantau pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor;
    4. Menguruskan dan memantau pelantikan jawatan tugas pentadbiran (Dekan dan Timbalan Dekan/ Pengarah dan Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengetua Kolej/ Ketua Laboratori/ Ketua Program/ Penyelaras)
    5. Menguruskan peminjaman pegawai Universiti
    6. Menguruskan Mesyuarat Lembaga pengarah Universiti
    7. Menguruskan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pendaftar, Mesyuarat Seksyen Pentadbiran Am Pejabat Pendaftar dan Mesyuarat Pejabat Pendaftar
    8. Menyelaras dan mengambil tindakan susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti
    9. Menguruskan pencalonan untuk Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri
    10. Memantau keperluan pelaksanaan Perlembagaan Universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
    11. Menyediakan dasar baharu Universiti
    12. Memantau pelaksanaan pekeliling/ surat arahan/ dasar yang diterimapakai oleh Universiti
    13. Menyelaras dan memantau pengemaskinian laman web Pejabat Pendaftar
    14. Menyelaras pelaksanaan Pelan Strategi UPM di peringkat Pejabat Pendaftar
    15. Menyelaras pengumpul data untuk laporan tahunan Pejabat Pendaftar
    16. Menghebahkan iklan kekosongan jawatan/ program dari agensi luar
    17. Merancang , mengurus dan memantau urusan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi vot peruntukan dibawah tanggungan Pejabat Pendaftar.
    18. Memantau baki peruntukan setiap vot dengan menyedia atau mengemukakan pindahan/tambahan peruntukan.
    19. Menyedia dan menyampaikan status laporan kewangan/bajet Pejabat Pendaftar.
    20. Menguruskan Sebutharga Pejabat Pendaftar.
    21. Mengurus, menganalisa dan menyediakan penilaian prestasi pembekal/kontraktor.
    22. Menguruskan perkhidmatan pos mel frangki, pos laju, surat daftar dan pengeposan bungkusan.
    23. Mengurus dan memantau urusan perkhidmatan surat universiti.
    24. Menguruskan tempahan tiket kapal terbang.
    25. Menguruskan perkhidmatan tempahan kenderaan dan urusan penyelenggaraan kenderaan Pejabat Pendaftar.

Updated:: 02/09/2013 [azilawati_om]

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471527
0389472007
C1511032522