PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MENGGANTIKAN KURSUS INDUKSI | REGISTRAR OFFICE
» NEWS » PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MENGGANTIKAN KURSUS INDUKSI

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MENGGANTIKAN KURSUS INDUKSI

Bermula Tahun 2013, Program Transformasi Minda (PTM) akan menggantikan Kursus induksi bagi  pegawai lantikan baharu. Berdasarkan kurikulum dan penilaian di bawah program ini, peserta akan dinilai oleh seorang fasilitator untuk menilai aspek Disiplin, Komitmen dan Personaliti. Program ini diwajibkan kepada semua pegawai tetap lantikan baharu sebagai salah satu syarat sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

Program ini bertujuan  untuk melahirkan modul insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi menggerakkan agenda transformasi kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Justeru, modul insan sektor awam perlu dibangunkan secara optimum di peringkat awal pelantikan agar dapat melahirkan pegawai yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki etika dan nilai yang sejajar dengan budaya negara. Salah satu objektif PTM adalah memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotik pegawai supaya lebih berketrampilan dan kemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

P&P (Akademik)


P&P (Bukan Akademik), Kumpulan Pelaksana

Modul Umum - 5 hari

5 hari

Modul Khusus - 9 hari


Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2013

Seksyen Latihan Akademik, Pejabat Pendaftar telah mengadakan Program Transformasi Minda Siri 1/2013 Pada 14 Januari 2013 sehingga 5 Februari 2013 bagi Kumpulan Pengurusan Dan Professional (Akademik). Seramai 103 orang pegawai lantikan baharu  terlibat untuk menjayakan siri kali ini yang diadakan di Kompleks Akademik Pusat, Bahagian Akademik. Antara perkongsiannya adalah membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti  dimiliki oleh pegawai bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian.

Program ini dimantapkan lagi dengan kepakaran bidang penceramah yang berpegalaman dari kalangan pegawai UPM sendiri dan penceramah luar seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Tadbiran Awam (INTAN), Biro Tata Negara (BTN)  bagi mencapai objektif program melahirkan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah universiti maju dan menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi universiti. Selain itu diharapkan agar PTM dapat menghasilkan nilai tambah dalam   tugasan dan keupayaan menyediakan pegawai yang membudayakan nilai-nilai murni.


Updated:: [hendrik]

MEDIA SHARING

REGISTRAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471527
0389472007
C1508390206