UPM Anjur Lawatan Kerja Ke SPRM Sempena Bulan Integriti Kebangsaan | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » UPM anjur lawatan kerja ke SPRM sempena Bulan Integriti Kebangsaan

UPM anjur lawatan kerja ke SPRM sempena Bulan Integriti Kebangsaan

 

Putrajaya, 23 November – Bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Kebangsaan pada bulan November, Bahagian Governan dan Integriti (BGI), Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan lawatan kerja ke Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PENMAS, SPRM) Putrajaya.

Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Puan Nurhaslinda binti Karim, Ketua Seksyen Integriti, BGI dan turut disertai oleh 48 pegawai UPM meliputi pelbagai pusat tanggungjawab di UPM seperti pejabat, fakulti, institut, pusat, kolej dan hospital.

Turut hadir Presiden, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), Encik Norsyahriman Md. Arif dan beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi KEPERTAMA.

Ketibaan rombongan UPM telah disambut oleh PsK Sivarasan a/l Kalidawson, PsK Lukman bin Mohd Hosni, KPKPs Effezul Azran bin Maulop, PPs Fatin Nadhirah binti Mohd Sidik dan Tuan Hj. Mohamed Rizal bin Hj. Tayab.  

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan keselamatan dan struktur serta keunikan bangunan Ibu Pejabat SPRM sebelum dibawa ke konti MACC.fm. 

Peserta lawatan seterusnya diberikan taklimat yang bertajuk “Memperkasakan Integriti dalam Sistem Pengurusan”, fungsi dan peranan SPRM serta perkongsian kes rasuah yang telah disiasat oleh SPRM oleh PPj Mohd Izam bin Abd Nasir. 

Selain daripada pengukuhan dan pembudayaan integriti dalam kalangan warga UPM, sesi lawatan ini juga adalah sebagai salah satu platform pengukuhan jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam usaha mengekang gejala rasuah di negara ini.

Disediakan oleh: Nurhaslinda Karim dan Ahmad Zhafran Abdul Hamid

Tarikh Input: 24/11/2022 | Kemaskini: 25/11/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdJAk~