Taklimat Pelupusan Rekod | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Taklimat Pelupusan Rekod

Taklimat Pelupusan Rekod

Serdang, 15 Jun - Bersempena dengan Hari Arkib Antarabangsa Tahun 2022 Peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pendaftar UPM telah mengadakan Taklimat Pelupusan Rekod.

Taklimat secara dalam talian menggunakan platform Webex ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

s

Sesi perkongsian disampaikan oleh Puan Hafizah Othman yang merupakan Pegawai Arkib daripada Arkib Negara Malaysia. 

Antara objektif taklimat ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan para peserta bagi menguruskan pelupusan fail dan rekod mengikut akta serta pekeliling yang berkuat kuasa.

Selain itu, peserta juga didedahkan cara mengisi borang permohonan pelupusan rekod awam yang betul berdasarkan Panduan Pelupusan Rekod Awam. 

Sebanyak 237 peserta yang terdiri daripada Pegawai Rekod PTJ dan staf UPM menghadiri taklimat tersebut.

 Disediakan oleh: Siti Nadirah Mat Na’ain

Tarikh Input: 05/08/2022 | Kemaskini: 05/08/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUBAR~