Seminar Pemampanan Tadbir Urus UPM | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Seminar Pemampanan Tadbir Urus UPM

Seminar Pemampanan Tadbir Urus UPM

SERDANG, 2 Jun – Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Seminar Pemampanan Tadbir Urus UPM 2022 bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. 

Matlamat program adalah untuk memantapkan keberkesanan tadbir urus dan pengurusan kewangan serta pemantauan kontrak perjanjian di UPM dalam kalangan ketua pusat tanggungjawab (PTJ) dan pentadbir kontrak di PTJ.

Seminar setengah hari ini dimulakan dengan Ucaptama Pemampanan Tadbir Urus UPM oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit (JKA) UPM, YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mad dengan penekanan kepada pemegang taruh terhadap keberkesanan, kebertanggungjawaban, keupayaan dan kecekapan Universiti. 

Selain itu, antara pengisian program ini adalah forum “Memperteguh Tadbir Urus dan Proses Kerja ke Arah Kemampanan Organisasi” yang membariskan tiga ahli panel yang berwibawa.

Barisan panel tersebut ialah Pengerusi JKA, YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mad, Pendaftar UPM, YBrs. Encik Muhazam Mansor dan Pegawai Penasihat Undang-undang (Menjalankan Fungsi Penasihat Undang-undang) UPM, YBrs. Encik Muhammad Adil Ahmad Tajuddin. 

Program seumpama ini dirancang untuk diteruskan pada masa akan datang melihat kepada kepentingannya dalam menjelaskan peranan ketua PTJ berkenaan tadbir urus, perancangan yang sistematik dan pengurusan yang strategik ke arah memastikan pencapaian matlamat Pelan Strategik UPM 2021-2025 dilaksanakan dengan jayanya. 


Disediakan oleh: Muhammad Mustaqim Muzaffar

 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXERDAX~