Program Assalamualaikum TV Al Hijrah | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Program Assalamualaikum TV al Hijrah

Program Assalamualaikum TV al Hijrah

Oleh Siti Fatimah Abd Ghani

 

Cyberjaya, 14 Januari - Segmen Si Manja Sihat yang dijalankan oleh Program Assalamualaikum TV al Hijrah, telah menjemput Puan Siti Fatimah Binti Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM bagi mengupas perkembangan kognitif, emotif dan tingkah laku anak-anak. Segmen ini berlangsung dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi yang diacara oleh Ola Nordin dan Auji alSagoff dan turut diundang Adik Ayden Mikael (Pelakon Cilik dalam Drama Pujaan Hati Kanda) serta Ibu bapa beliau.



Intipati program menceritakan 

Pernah atau tidak anda melihat anak anda terlalu obses dengan alam sekitar seperti tumbuhan & juga haiwan? Anak anda sangat teruja bila dibawa ke zoo atau lading buah-buahan? 

Kalau nak tahu, jika tanda-tanda itu ada pada anak, dia sebenarnya termasuk dalam kategori belajar dari alam! atau nama saintifiknya dipanggil sebagai “Naturalistic Learner“.

Naturalistic Learner adalah teknik pembelajaran kinestetik di mana kanak-kanak dilihat akan suka apabila menyentuh, merasa dan melakukan sesuatu dengan subjek. 

Tarikh Input: 11/02/2019 | Kemaskini: 12/02/2019 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUEAT~