Pengurusan Governans, Integriti Dan Amalan Antirasuah, Bimbing Staf Amalkan Budaya Kerja Berkualiti | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pengurusan governans, integriti dan amalan antirasuah, bimbing staf amalkan budaya kerja berkualiti

Pengurusan governans, integriti dan amalan antirasuah, bimbing staf amalkan budaya kerja berkualiti

SERDANG, 23 Mei – Seramai 68 staf UPM kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana (gred 11 hingga 44) daripada pelbagai skim perkhidmatan UPM telah menghadiri Kursus Pengurusan Governan, Integriti dan Antirasuah secara dalam talian (platform Zoom).

Kursus yang bermula dari pukul 9:30 pagi hingga 4:30 petang ini dianjurkan oleh Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. 

Sesi perkongsian dikendalikan oleh tiga penceramah daripada Unit Integriti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UPM.  

Penceramah daripada KPT ialah Encik Norhushaffiz Hussin (Ketua Unit Integriti) dan Puan Vijeyatharzhini a/p Bathmanathan (Penolong Setiausaha Kanan), manakala daripada UPM ialah Puan Nurhaslinda Karim, Ketua Seksyen Integriti, Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan governans, integriti dan antirasuah kepada peserta.

Peserta boleh mengaplikasikan mekanisme dan pengurusan governans dengan menggunakan kaedah bersesuaian kepada staf UPM.

Rata-rata peserta berpendapat kursus ini memberikan banyak input dan pengetahuan kepada mereka.

Mereka juga menyarankan supaya kursus ini diteruskan pada masa hadapan secara bersemuka supaya dapat memberi lebih impak kepada peserta.

 

Disediakan oleh: Abdul Rahman Jaafar

Tarikh Input: 01/06/2022 | Kemaskini: 01/06/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETGAE~