Pendaftar Turun Padang Santuni Staf Terkesan Banjir | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pendaftar turun padang santuni staf terkesan banjir

Pendaftar turun padang santuni staf terkesan banjir

Serdang, 26 Disember – Pusat Perhubungan Alumni telah menganjurkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu staf Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini.

Prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan staf yang terlibat, Tuan Pendaftar, Encik Muhazam Mansor, turut turun padang membantu membersihkan kawasan kediaman mereka.

Turut menyertai misi bantuan tersebut ialah Encik Mohd Isnain Ali daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Encik Norsyahriman Md Arif daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Pusat Zakat, Wakaf dan Endowmen (WAZAN), Hospital Pengajar UPM, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 dan juga pelajar UPM.

Rumah staf yang terlibat dengan bencana banjir kali ini ialah Encik Eddy Shahriza Jamein (ITAFoS) di Kampung Bukit Changgang, Banting dan Puan Arba’ah Md Salleh (Institut Biosains) di Kuala Sungai Bharu, Puchong dan juga rumah alumni UPM di Seksyen 33, Shah Alam.

Misi bantuan ini menggambarkan keprihatinan UPM untuk bersama-sama berkongsi kesedihan dan kesusahan yang dihadapi, dalam masa yang sama memberikan sokongan moral kepada mereka yang berhadapan ujian berat ini.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

Gambar Ihsan : Pusat Perhubungan Alumni,UPM

Tarikh Input: 28/12/2021 | Kemaskini: 28/12/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDcWAT~