Pejabat Pendaftar Laksana Sesi Taklimat Dasar Pemisah UPM 2022/2023 (Batch 5) Di UPM Kampus Bintulu | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pejabat Pendaftar laksana sesi taklimat Dasar Pemisah UPM 2022/2023 (Batch 5) di UPM Kampus Bintulu

Pejabat Pendaftar laksana sesi taklimat Dasar Pemisah UPM 2022/2023 (Batch 5) di UPM Kampus Bintulu

Bintulu, 15 Februari – Pejabat Pendaftar melalui Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja ke UPM Kampus Bintulu bagi pencerahan berkaitan Dasar Pemisah UPM 2022/2023. 

Delegasi lawatan yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Abdul Ghani bersama dua urus setia, iaitu Puan Rosyatimah Mohd Darus dan Cik Siti Ummaira Zuberi berada di sana dari 15 hingga 17 Februari 2023.

Objektif lawatan kerja ini adalah untuk melancarkan pelaksanaan Dasar Pemisah UPM 2022/2023 di peringkat UPM Kampus Bintulu. 

Taklimat dan perincian Dasar Pemisah dirancang sepanjang lawatan kerja tersebut selain turut memperkenalkan Seksyen Perkhidmatan Intervensi dan fungsinya secara menyeluruh.

Sesi program dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah UPM 2022/2023 pada 16 Februari 2022 dari jam 9:00 hingga 11:00 pagi dan terbuka kepada semua pegawai dan staf di UPM Kampus Bintulu. 

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pengenalan tentang Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) sebagai satu proses wajib sepanjang berkhidmat di UPM agar dapat mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi.

Sesi seterusnya iaitu Taklimat Fasa Pemantauan Dasar Pemisah UPM 2022/2023 telah diadakan pada 17 Februari 2023. 

Menerusi siri lawatan kerja ini, Pejabat Pendaftar berharap agar pelaksanaan Dasar Pemisah UPM akan dapat memberi kefahaman kepada semua staf di UPM Kampus Bintulu secara teori dan praktikal.

 

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani

Tarikh Input: 27/02/2023 | Kemaskini: 27/02/2023 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUCAM~