Pejabat Pendaftar Jalani Audit Dalaman QMS 2022 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pejabat Pendaftar jalani Audit Dalaman QMS 2022

Pejabat Pendaftar jalani Audit Dalaman QMS 2022

 

SERDANG,17 Jun – Pejabat Pendaftar UPM telah menjalani Audit Dalaman QMS ISO 9001:2015  pada 7 dan 8 Jun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Putra 1, Pejabat Pendaftar.

Ketua Juruaudit Dalaman (KJAD), Tuan Haji Mat Razi Abdullah daripada Pusat Asasi Sains Pertanian mengetuai sesi audit selama 2 hari ini. 

Beliau dibantu oleh juruaudit PTJ, iaitu Encik Azizi Ismail (Ketua Bahagian Pembangunan Manusia), Cik Siti Ima Munirah Ahmad (Ketua Seksyen Saraan dan Prestasi), Puan Siti Khadijah Ahmad (Ketua Seksyen Latihan), Puan Siti Fatimah Abdul Ghani (Ketua Seksyen Perkhidmatan  Intervensi) dan Cik Noremy Busu (Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi). 

Turut membantu dalam proses pengauditan ini ialah Puan Salnisah Salleh, Encik Shahrul Raziz Shaharil, Cik Siti Nur Alifah Abdul  Rahman dan Puan Siti Nadirah Mat Na’ain. 

Skop audit meliputi proses kerja di Pejabat Pendaftar melibatkan semakan keberkesanan tindakan penemuan Audit Dalaman QMS 2021, pelantikan, pengurusan pelanggan, pengurusan risiko, peralatan, kemudahan, infrastruktur dan kenderaan, kewangan, cuti belajar, latihan, pelan penggantian, pengesahan, persaraan, perubatan, rekod fail, prestasi, cuti, kenaikan pangkat, peperiksaan, tatatertib, governan, dan integriti.

Mesyuarat pembukaan audit pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Puan Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merangkap Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) Pejabat Pendaftar. 

Seterusnya beliau memberikan taklimat ringkas berhubung struktur organisasi Pejabat Pendaftar, fungsi dan peranannya kepada KJAD.

Tuan Haji Mat Razi dalam ucapannya pula menyatakan tujuan audit dalaman ini dilaksanakan adalah untuk menentukan sama ada UPM melaksanakan Pengurusan Kualiti berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:2015, melihat penambahbaikan yang bersesuaian bagi peningkatan berterusan dan persediaan menghadapi Audit SIRIM pada 17 hingga 21 Oktober 2022. 

Mesyuarat penutupan audit telah diadakan pada 17 Jun 2022 di Bilik Mesyuarat Bursar 1, Pejabat Bursar.

Hasil penemuan audit dibentangkan oleh KJAD kepada TWP Pejabat Pendaftar, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Seksyen dan juruaudit PTJ yang hadir untuk makluman dan perhatian peneraju proses yang berkaitan.

Pelaksanaan audit dalaman ini telah memperlihatkan komitmen dan kesiapsiagaan warga Pejabat Pendaftar memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.

Disediakan oleh: Nor Azila Azmi

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXEUKA0~