Pegawai Psikologi Pejabat Pendaftar Santuni Peserta Sempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Pegawai Psikologi Pejabat Pendaftar santuni peserta sempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM

Pegawai Psikologi Pejabat Pendaftar santuni peserta sempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM

Kuala Lumpur, 25 Februari - Selaras dengan tema Malaysia MADANI, maka agenda memperkasakan golongan wanita merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabungjalinkan amalan sedia ada dengan kaedah baharu yang direka untuk menangani isu baharu dan ketidakpastian. 

Agenda ini juga merupakan salah satu objektif dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Justeru, sebagai penggerak perubahan dari aspek psikologi dan psikoterapi, Puan Siti Fatimah Abdul Ghani selaku Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan bimbingan psikopendidikan kepada peserta Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM

Pendekatan kaunseling diadun sebagai inti pati wajib dalam setiap program yang dapat memartabatkan lagi peranan golongan wanita pada hari ini. 

Program ini yang diadakan di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur merupakan anjuran Yayasan Kebajikan Negara.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. 

Program ini menyediakan kursus bimbingan perniagaan untuk membantu wanita, khususnya ibu tunggal yang hilang sumber pendapatan. 

Selain kursus berkaitan penjanaan pendapatan, peserta turut diberikan latihan khusus melibatkan kesejahteraan psikologi seperti emosi, rohani, intelektual dan fizikal. 

Penglibatan sukarelawan kaunselor berdaftar diyakini dapat merancakkan lagi agenda ini sekali gus mampu melonjakkan potensi 250 wanita yang telah menyertai program ini. 

Disediakan oleh: Siti Fatimah Abdul Ghani

Foto: Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia – Laman Web Rasmi Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (yknm.org.my)

Tarikh Input: 06/03/2023 | Kemaskini: 06/03/2023 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdFAm~