Misi Balik Pulau | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Misi Balik Pulau

Misi Balik Pulau

Serdang, 16 November – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia ialah sebuah kempen vaksinasi kebangsaan yang sedang dilaksanakan di negara ini bagi membendung penularan penyakit koronavirus COVID-19. Bagi memastikan proses vaksinasi dapat dipercepatkan kepada masyarakat luar bandar, program PPV Bergerak (PPVB) telah diadakan bagi membantu warga emas, Orang Asli, orang kurang upaya (OKU), gelandangan dan masyarakat yang mempunyai masalah pengangkutan. 

UPM melalui Jawatankuasa Sukarelawan Staf UPM telah mengambil bahagian di dalam misi PPVB ini dengan menghantar seramai 4 (empat) orang petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) iaitu 2 orang Pegawai Perubatan, seorang Ketua Jururawat dan seorang Penolong Pegawai Perubatan ke Program Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) di  Balik Pulau, Pulau Pinang – Kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 29 September sehingga 2 Oktober 2021.

Program Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) di  Balik Pulau, Pulau Pinang – Kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah memenangi pingat perak dalam International Putra lnnoCreative Poster Competition, International Putra lnnocreative Carnival in Teaching and Learning 2021 yang diadakan pada 21 – 28 Oktober 2021.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam program ini.

Tarikh Input: 16/12/2021 | Kemaskini: 16/12/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETMAs~