MESYUARAT LPU KALI KE 145 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » MESYUARAT LPU KALI KE 145

MESYUARAT LPU KALI KE 145

Serdang- Mesyuarat  Lembaga Pengarah Universiti ke - 145 telah diadakan pada 8 September 2020 bertempat di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori dan dipengerusikan oleh Y.A.M. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail.

Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat kali pertama yang dipengerusikan oleh beliau setelah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia yang berkuatkuasa pada 6 Julai 2020.

Y.A.M. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ghauth bin Jasmon, YBhg. Dato’ Charon Wardini Bin Mokhzani dan YBhg. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi ahli Lembaga Pengarah Universiti.

Selain itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti turut mengalu-alukan dan ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Rokhoun Nafsiah binti Abd Rashid, YBhg. Dato’ Raihan bin Sharif, YBhg. Dato’ Sri Jailani bin Johari, YBhg. Dato’ Dr. Hasan bin Mad dan YBrs. Puan Norashekin binti Yusof atas perlantikan sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti yang baharu.

 

 

Dari kiri hadapan

  1. Dato’ Dr. Hasan bin Mad
  2. Dato’ Sri Jailani bin Johari
  3. Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah
  4. A.M. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail
  5. Profesor Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman
  6. Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak
  7. Puan Rokhoun Nafsiah binti Abd Rashid

Dari kiri belakang

  1. Dato’ Imran Haidi bin Dato’ Abdul Malek
  2. Dato’ Raihan bin Sharif
  3. Dato’ Zulkiflee bin Othman
  4. Profesor Dato’ Dr. Mohd. Ali bin Hassan
  5. Profesor. Dato’ Dr. Zulkifli bin Idrus
  6. Tuan Haji Rosdi bin Wah
  7. Puan Norashekin binti Yusof
  8. Puan Nor Siah binti Haji Baharin

Tarikh Input: 14/09/2020 | Kemaskini: 14/09/2020 | mozaid

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXESXAd~