Mengesani Emosi Melalui Teknik Represantasi Dalaman Dan POWER Of Fisilogi | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Mengesani Emosi Melalui Teknik Represantasi Dalaman dan POWER of Fisilogi

Mengesani Emosi Melalui Teknik Represantasi Dalaman dan POWER of Fisilogi

Serdang, 03 Ogos - Kursus Kecerdasan Emosi anjuran Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. 

Seramai 62 staf UPM pelbagai jawatan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana menyertai kursus satu hari ini. 

Penyampaian yang profesional oleh Prof. Dr. Angzass Sari Mohd Kassim daripada Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Dr. Amir Aris daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) menjadikan kursus ini menarik dan menyentuh emosi peserta. 

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman tentang kemahiran dan kecerdasan pengurusan emosi dalam konteks organisasi, berkumpulan dan individu melalui kaedah yang bersesuaian.  

Peserta juga diberi pendedahan dalam mengaplikasikan teknik kemahiran kecerdasan emosi untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri  dan memberi kesan positif kepada prestasi dan persekitaran kerja.

Disediakan oleh: Nazreen Padzoldad

 

Tarikh Input: 24/08/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXDdEAI~