MAJLIS SAMBUTAN BULAN RAMADAN, PEJABAT PENDAFTAR TAHUN 2017 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN BULAN RAMADAN, PEJABAT PENDAFTAR TAHUN 2017

MAJLIS SAMBUTAN BULAN RAMADAN, PEJABAT PENDAFTAR TAHUN 2017

Serdang,  27 Mei - Menjelang Ramadhan yang akan tiba, Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Pendaftar telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Ramadhan Tahun 2017 pada 26 Mei (Jumaat) bertempat di Bilik Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM.

Majlis ini adalah jamuan sambutan bulan Ramadhan yang berkonsepkan "Potluck" dan sumbangan dari setiap bahagian dan seksyen pejabaat pendaftar telah memeriahkan menu juadah pada hari tersebut.

Majlis dimulakan pada 11 pagi dengan ketibaan ahli dan dibuka oleh Penaung Kelab kebajikan dan Sukan Pejabat Pendaftar. Kemudian diikuti oleh bacaan yaasiin diketuai oleh En. Azizi Ismail dan diakhiri dengan jamuan makan.

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXESSAm~