Majlis Gemilang Putra Dan Hari Pekerja 2017 | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Majlis Gemilang Putra dan Hari Pekerja 2017

Majlis Gemilang Putra dan Hari Pekerja 2017

Serdang, 25 Mei – Majlis Gemilang  Putra telah diadakan di pada 24 Mei 2017 (Rabu) di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Pada tahun ini Majlis gemilang putra turut meraikan Hari Pekerja Tahun 2017.

Tema Majlis Gemilang Putra Pada tahun ini adalah “Pekerja Kreatif dan Pencetus Inovasi”. Majlis ini dilangsungkan oleh UPM bagi memberi penarafan kepada pekerja-pekerja UPM yang berdedikasi didalam melaksanakan tugas harian meraka.

Anugerah- anugerah yang terdapat didalam majlis ini adalah Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra, Anugerah Bakti Putra, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Tokoh Pekerja dan Perkhidmatan Paling Lama. yang akan disampaikan oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pemenang-pemenang yang hadir boleh memuat turun gambar mereka di Galeri Laman Web Pejabat Pendaftar dengan merujuk kepada Nombor giliran yang telah diberikan semasa majlis berlangsung.

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | syazaliyana

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXETQAC~