Lawatan Penanda Aras Bahagian Governan Dan Integriti, Pejabat Pendaftar, UPM Ke Unit Integriti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam | PEJABAT PENDAFTAR
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar, UPM Ke Unit Integriti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Lawatan Penanda Aras Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar, UPM Ke Unit Integriti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Shah Alam, 14 Mac – Pejabat Pendaftar, UPM melalui Bahagian Governan dan Integriti, telah mengadakan lawatan penanda aras ke Unit Integriti, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Ketibaan delegasi yang terdiri daripada enam staf BGI dengan diketuai oleh Encik Azizi bin Ismail selaku Ketua Bahagian disambut oleh Encik Mohd. Hafiz bin Ramlee, Ketua Unit Integriti UiTM. 

Delegasi berpeluang melawat ke Makmal Poligraf untuk melihat dan merasai sendiri peralatan dan penerangan berkaitan keperluan Ujian Poligraf yang dilakukan bagi membantu proses siasatan.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperkemas tadbir urus di Bahagian Governan dan Integriti (BGI). 

Pada akhir lawatan, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata dan bergambar sebagai tanda kenangan. 

Sesi lawatan ini adalah salah satu usaha proaktif ke arah penambahbaikan berterusan sejajar dengan fungsi utama bahagian serta perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing secara langsung.

Selain itu, antara objektif lawatan ini juga adalah untuk mempelajari sesuatu fungsi dan proses kerja baharu agar dapat mencerna minda dan idea untuk diaplikasikan di BGI.

Melalui sesi lawatan ini juga jalinan hubungan yang baik dan kerjasama yang lebih erat dapat ditingkatkan di antara BGI dan Unit Integriti, UiTM.

Hasil lawatan penanda aras ini diharapkan dapat memberi manfaat dari segi pendedahan dan pengetahuan kepada staf BGI, sekali gus meningkatkan motivasi dan kepada mereka. 

Disediakan oleh: Marni Kasim

 

Tarikh Input: 15/03/2023 | Kemaskini: 17/03/2023 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENDAFTAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691527
0389472007
SXESPAh~